Wednesday 6 April 2011

PELUANG BELAJAR DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

السلام عليكم ورحمة

Al-Hamdulillah dengan keizinan Allah SWT pada 7 April 2011, jam 9.15 pagi saya dapat menghubungi Unit Kemasukan Pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan sempat untuk bertanya mengenai  peluang graduan KIPSAS untuk melanjut pengajian di sana. Setelah berbincang selama 15 minit bersama pegawai yang bernama Sumardi, saya rumuskan maklumat tersebut seperti di bawah;


(a) Kemasukan pelajar ke UBD pada bulan Ogos dan Januari setiap tahun.
(b) Untuk kemasukan 2011 telahpun ditutup pada bulan Mac 2011 yang lalu.
(c) UBD tidak menawarkan program agama kepada graduan KIPSAS. Graduan KIPSAS daripada   
     Sekolah   Perniagaan mungkin berpeluang untuk mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan.
     Namun ijazah tersebut belum mendapat pengiktirafan oleh JPA.
(d) Jumlah tempoh pengajian selama 4 tahun dengan kos pengajian RM33,600.00 untuk 8 semester.

Kesimpulannya graduan Sekolah Pengajian Islam KIPSAS tidak memenuhi syarat untuk belajar di UBD.

Pada pukul 10.00 pagi saya sempat menghubungi pegawai di Universiti Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam (UNISSA) yang menawarkan ijazah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Perniagaan dan Pengurusan Islam. Dalam perbualan tersebut, beberapa perkara yang saya perolehi untuk kita kongsikan bersama, iaitu:
(a) UNISSA menawarkan Ijazah Sarjana Muda yang dinyatakan di atas untuk tempoh 4 tahun. Namun  
      ijazah  UNISSA tidak diiktiraf oleh JPA.
(b) Pengambilan pelajar hanya  pada bulan Ogos setiap tahun. Pengambilan tahun 2011 telah ditutup.

Kesimpulan: Tahun ini graduan tak berkesempatan untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah di UNISSA.

3 comments:

  1. Mengapa pljar Kipsas tidak layak memohon ke UBD?

    ReplyDelete
  2. The best casino site
    ➜Our experience has been a joy to work with and play online casino, but we are a different luckyclub.live company. We want to make every effort possible ‎Best Casino Sites · ‎Golakon Casino · ‎Bet365

    ReplyDelete
  3. Casino City, CA Jobs | Mapyro
    View 111 Casino City, CA Jobs, Find 787 구리 출장마사지 Casino City Hotel vacancies now. Search by 대전광역 출장안마 location, 시흥 출장마사지 Casino City Resort and 안산 출장안마 Casino Resort. 통영 출장안마

    ReplyDelete